Gnome adalah Desktop enviroment lalai yang didatangkan bersama Ubuntu, bagaimana pun, kita boleh memasang KDE, LXDE, Xfce dan macam2 lagi pada Ubuntu. Ini pengalaman saya, lepas memasang KDE pada Ubuntu; tak lama sehari dua pastu rasa macam Gnome pula best.. tukar semula setting pada session untuk loading Gnome.. Entah rasa ada yang tidak kena dengan Ubuntu ini, lalu saya buang KDE tersebut sperti di sini
http://www.psychocats.net/ubuntu/puregnome. Apa yang berlaku, semua perisian macam Kdenlive, kolorpaint dan semua perisian KDE punya turut dibuang sekali.. ermm ambil masa lagi untuk memasangnya semula.. last-last sampai sekarang Pakai Gnome.. saya suka KDE sebab "Dolphin" nya sahaja.. Pengurusannya memang berbeza daripada Nautilus..
Apa saya buat, saya hanya install Dolphin sahaja melalui Synaptic Pakej Manager.. Ini hanya untuk pengetahuan sahaja.. fikir 2 kali sebelum mahu pasang KDE pada Ubuntu..(tapi kalau mahu pasang juga..belasah jer..jangan takut untuk mencuba)..